Menjawap Tuduhan Terhadap Zahid (Siri 1)

Menjawab Tuduhan 30 Dalil Mengapa Zahid Perlu Berundur (Bahagian Pertama)




Tuduhan 1: Kes Mahkamah

Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat.

Jawapan:

Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi diarahkan membubarkan UMNO dan semua ahli diserap dalam Bersatu. Kalau Zahid bersetuju, sudah tentu beliau terlepas dari dakwaan di mahkamah. Dengan semangat juang yang kental, beliau sanggup menghadapi dugaan dan berkorban demi parti keramat UMNO. Kalau orang lain ketika itu belum tentu UMNO masih wujud hingga sekarang. Pemimpin seperti Zahid adalah antara sebab mengapa UMNO masih berpengaruh.

Jawapan

Tuduhan 2: LIABILITI KEPADA UMNO

( ZAHID Dicabar Calonkon Diri Sebagai Calon PM UMNO Untuk PR 15 Jika Dia Yakin Diri Sendiri Bukan Liabiliti )

Jawapan:

Zahid Hamidi bukanlah pemimpin gila jawatan. Dengan asas ugama yang ada pada dirinya, beliau tahu bahawa kita tidak perlu terlalu meminta minta jawatan (hard up) untuk jadi Perdana Menteri. Berserah kepada qada dan qadar kerana semua itu ketentuan Allah.

Tuduhan 3: 60% AHLI UMNO TIDAK MENYOKONG ZAHID DALAM PEMILIHAN UMNO

Jawapan:

Ketika Zahid Hamidi tidak mempunyai apa-apa kuasa setelah UMNO kalah dalam PRU 14, beliau menang dalam pertandingan 5 penjuru. Mengalahkan tokoh hebat seperti Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin.

Sehebat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pun hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah ketika pemilihan Presiden UMNO 1987. Ini menunjukkan Zahid Hamidi mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.



Rekod

Tuduhan 4: REKOD KALAH DALAM PILIHAN RAYA KECIL 4 KALI SEBELUM DIAMBIL ALIH OLEH TOK MAT

Jawapan:

Ketika PH baru memerintah, rakyat masih menunggu janji ‘bulan bintang’ untuk ditunaikan. Lagipun 4 kawasan PRK tersebut adalah kubu kuat PH seperti Sg Kandis dan Seri Setia. Balakong dan Sandakan adalah kawasan majoriti pengundi Cina.



Selepas Zahid mengambil alih jawatan Presiden dari Tok Mat, UMNO menang bergaya di Kimanis, Chini dan Slim.


Tuduhan 5: MEMBAWA KEMBALI SIFAT BONGKAK , ANGKUH & SOMBONG YANG DIBENCI RAKYAT & AKAR UMBI UMNO

Jawapan:

Zahid dituduh bersikap sombong dan ‘Abang Besar’ namun apa yang pasti adalah sebaliknya. Ketika Dr Mahathir meletakkan jawatan PM7, untuk memilih PM8, beliau menyokong TSMY sebagai PM, sedangkan Zahid adalah Presiden kepada parti yang terbesar dalam gabungan yang akan membentuk kerajaan.

Krisis politik Perak juga menunjukkan sikap merendah diri beliau apabila sanggup memohon maaf kepada PAS dan PPBM walaupun kedua dua parti tersebut lambat hadir ketika dipanggil mengadap oleh Sultan Perak.

Bersambung ….

NAJIB RAZAK DAN ZAHID HAMIDI DIPUJI RAKYAT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker