Pemain, pegawai dua kelab cuba selesai isu gaji tertunggak sebelum ke Mahkamah

24/02/2021 06:50 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Bekas pemain serta pegawai kelab bola sepak Kuantan FA dan Marcerra FC, yang berdepan isu gaji tertunggak sejak 2018, melakukan percubaan terakhir bagi menyelesaikannya secara baik sebelum bertindak membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada sidang akhbar hari ini, pemain dan pegawai terbabit berkata percubaan mereka menghubungi penyandang jawatan kedua-dua pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak mendapat sebarang maklum balas.

Peguam yang dilantik kedua-dua pasukan, Suhail Rahimi Abdul Razak, berkata penuntut dalam isu ini terdiri daripada tujuh pegawai serta 26 pemain daripada Kuantan FA dan lima pegawai serra 21 pemain daripada Marcerra FC, yang mendakwa gaji mereka tertunggak antara empat hingga lima bulan.

“Dari tarikh sidang akhbar hari ini, pihak-pihak yang bertanggungjawab mempunyai tempoh selama 14 hari untuk memberikan maklum balas serta menyelesaikan perkara ini secara baik, dan jika tiada pihak yang tampil, tindakan itu akan melayakkan kami untuk menuntut jumlah gaji bagi keseluruhan tahun seperti dipersetujui dalam kontrak melalui prosiding di mahkamah sivil.

“Kami ingin menegaskan bahawa ini bukan isu baharu kerana ia telah berlanjutan sejak 2018 yang menyaksikan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan telah menandatangani kontrak selama setahun dengan kelab terbabit namun tidak pernah menerima bayaran sesen pun serta telah mengambil segala tindakan untuk berkomunikasi dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Bekas pemain pertahanan Marcerra FC iaitu Izer Hamkha Mohd Haizal meluahkan kekesalan berhubung insiden itu kerana ia telah meninggalkan kesan negatif ke atas kerjayanya serta rakan sepasukan lain dalam arena bola sepak negara.

“Ramai di antara kami yang terpaksa menempuh keadaan seperti melakukan pinjaman dengan sedikit atau tanpa kaedah untuk melunaskannya dan ada juga yang terpaksa menyaksikan kereta disita kerana tidak mampu membuat bayaran yang diperlukan,” katanya.

Akibat masalah kewangan yang dihadapi, Marcerra United telah bertindak menarik diri daripada Piala FAM 2018 (divisyen tiga) pada 20 Julai 2018.

Nasib serupa turut menimpa Kuantan FA, yang terpaksa menarik diri daripada Liga Perdana 2018 atas alasan sama.

KUFC bincang gaji pemain selepas PKP tamat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker