Taiwan tamatkan sekatan kemasukan warga asing


Foto: Brennan O’connor/ZUMA Wire/dpa

24/02/2021 05:24 PM

TAIPEI, 24 Feb — Taiwan akan menamatkan secara berperingkat sekatan kemasukan pelawat asing mulai 1 Mac dan membenarkan tempoh kuarantin lebih pendek untuk pelancong perniagaan dari negara-negara berisiko rendah hingga sederhana, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Di bawah dasar baharu itu, warga asing yang tidak memiliki kebenaran menetap di Taiwan dibenarkan memasuki negara itu kecuali dengan alasan melancong, dan mendapat kelulusan pejabat perwakilan luar negeri Taiwan, kata Pusat Gerakan Epidemik (CECC).

Pelancong perniagaan dari negara terbabit boleh memendekkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada lima dan tujuh hari, dan telah disahkan negatif COVID-19, kata CECC.

Sebelum ini, Taiwan melaksanakan sekatan kemasukan lebih ketat dan meminta semua pelancong perniagaan, tanpa mengira negara asal, menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai 1 Januari.

Ia bertujuan mencegah potensi penyebaran varian baharu virus COVID-19 yang pertama kali dikesan di United Kingdom.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *