Tentera Nigeria rampas semula bandar ditawan militan Boko Haram

24/02/2021 05:51 PM

ABUJA, 24 Feb — Tentera Nigeria membunuh beberapa militan Boko Haram dan berjaya merampas semula bandar Marte dan kawasan sekitarnya, kata seorang jurucakap tentera pada Selasa.

Bandar yang terletak di timur laut negara itu sebelum ini ditawan kumpulan militan.

Jurucakap tentera Mohammed Yerima memberitahu Agensi Berita Xinhua sebelum itu anggota keselamatan mengepung wilayah terbabit selama beberapa hari.

Pada Ahad, Panglima Tentera Ibrahim Attahiru, memerintahkan tentera membebaskan bandar itu dalam tempoh 48 jam. Beberapa hari lalu, militan Boko Haram dilaporkan menguasai kawasan itu dan mengibarkan bendera mereka.

Pasukan tentera disokong Angkatan Tentera Udara Nigeria, berjaya memusnahkan beberapa alat letupan dan periuk api yang dipasang di laluan mereka dan berjaya membebaskan bandar itu kurang dari 48 jam.

Yerima bagaimanapun tidak menyatakan jumlah sebenar militan yang terbunuh.

Leave a Reply