26 penagih dadah ditahan dalam Ops Sarang

25/02/2021 01:50 PM

KEPALA BATAS, 25 Feb — Seramai 26 penagih ditahan ketika sedang lalok menghisap dadah dalam serbuan di tiga lokasi berbeza di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) menerusi Op Sarang yang dijalankan semalam.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam itu, polis menahan 26 lelaki yang kesemuanya berumur 23 hingga 50 tahun di Permatang Tok Jaya, Pekan Darat dan Seri Pinang di sini.

“Operasi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik SPU bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) SPU selepas menerima aduan dan hasil risikan, kami menyerbu tiga lokasi tersebut.

“Dalam operasi itu, polis turut merampas 19.9 gram (g) heroin dan 0.8 g syabu yang bernilai RM1,075,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati kesemua yang ditahan positif dadah dan kes disiasat menurut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 dan Seksyen 39A, Seksyen 39A(1) serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Op Selat: SPRM reman dua individu dipercayai ejen

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker