ADI PUTRA TAK DAPAT TAHAN SEBAK – ANAK ANGKAT ISTIMEWA USAHA BACA DOA

“Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana. Terima kasih istriku, Az-zahra, Nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun.

Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin. Allah Akbar. #taatpadayangsatu #adpfamily,” demikian kata pelakon Datuk Adi Putra yang baru-baru ini ada memuat satu rakaman video ketika meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 bersama keluarganya.

Melihat pada rakaman video yang dikongsikan di laman media sosial Instagram miliknya, Adi telah meluahkan rasa sayu dan sedih melihat nasib anak angkatnya, Zara Adelia yang dilahirkan dalam serba kekurangan.

Meski tiada kebolehan untuk mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal, Zara dilihat berusaha untuk membacakan doa serta ucapan selamat hari jadi kepada bintang berusia 40 tahun itu.

Meninjau di bahagian komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih selepas menonton perkongsian pelakon drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Sehingga kini, rakaman video tersebut telah meraih lebih 247,000 tontonan dan hampir 900 komen daripada warganet. Sekadar informasi, Adi mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof pada 14 April 2006.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Leave a Reply