Asisten Superintenden (ASP) didakwa lindungi sindiket dadah direman – SPRM

GEORGE TOWN, 26 Feb — Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) direman bersama tiga lelaki lain bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dengan membocorkan maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah di negeri ini, sejak beberapa tahun lepas.

Pegawai berusia 43 tahun itu bersama seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, 40, dan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), 36, direman dua hari bermula hari ini, manakala seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Mac depan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret George Town, Muhammad Azam Md. Eusoff di sini, pagi tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira pukul 10.30 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan diiringi pegawai SPRM.

Pegawai kanan polis dan kakitangan MBPP diwakili peguam, K Kumaran, anggota polis diwakili peguam, V Muniandy manakala ahli perniagaan tersebut tidak diwakili peguam.

Kesemua suspek dipercayai menerima rasuah secara bulanan membabitkan nilai kira-kira RM500,000

Leave a Reply