AZHAN HANYA BERGURAUAN – KESAL DISANGKA ‘POKAI’

 

Pelakon Azhan Rani baru-baru ini telah memuat naik posting dimana dia bercerita kononnya dihubungi pihak bank kerana terlambat melunaskan komitmen bulanan. Bagaimanapun, entri tersebut telah digunakan oleh blog-blog sebagai berita.

Malah Azhan menulis kelewatan itu disebabkan dia tidak mempunyai pendapatan kerana tidak boleh bekerja susulan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Ujar Azhan, 45, dia ‘sakit kepala’ memikirkan akibat yang bakal ditanggungnya pada masa depan dek tindakan beberapa penulis blog menggunakan posting sosial media yang dibuatnya tanpa menyelidik terlebih dahulu sehingga ia menimbulkan salah faham.

Namun jelas Azhan yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama ‘Nur’ itu, muat naik berkenaan hanyalah sekadar gurauan dan sebenarnya tidak berdepan masalah seperti yang diperkatakan.

“Dalam posting itu saya cuma bergurau. Saya tidak tahu pula mereka (blog) akan gunakan tajuk yang jauh menyimpang seolah-olah nak cakap yang saya dikejar pihak bank sebab tak bayar hutang.

“Saya tahu mereka nak lariskan cerita, tapi sekurang-kurangnya telefon saya dahulu… tanyakan kepastian. Ini tidak, mereka buat tajuk macam itu, nanti kalau di masa akan datang saya nak buat loan, mungkin akan hadapi masalah kerana artikel begitu.

Image_3.jpg

“Saya memang jenis suka bergurau dalam Instagram, sebabnya nak hiburkan hati sendiri. Tak banyak benda serius pun dalam Instagram saya tu, semua benda merepek je. Tapi apabila mereka buat tajuk saya kena buru bank, macam teruk sangat hidup saya ni ya,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Azhan kini berkampung di Hulu Langat selama dua bulan untuk menjayakan penggambaran drama bersiri ‘Kiblat Yang Hilang’ terbitan Awesome TV. Selain Azhan, ‘Kiblat Yang Hilang’ turut dibintangi Sweet Qismina, Laila Nasir, Kartina Aziz dan Neera Azizi.

“‘Kiblat Yang Hilang’ ini merupakan drama untuk tayangan bulan Ramadan nanti. Semua pelakon dan kru produksi kena berkampung selama dua bulan, kami tak boleh keluar sebab terikat dengan SOP (prosedur operasi standard) yang mana buat masa ini hanya membenarkan penggambaran dalam studio sahaja,” katanya.

Image_4.jpg

Leave a Reply