Mayat lelaki ditemukan di siling sebuah restoran di Tawau

25/02/2021 11:55 PM

TAWAU, 25 Feb — Misteri bau busuk dan titisan darah pada siling sebuah restoran di Jalan Chung Thien Vun di sini terjawab apabila satu mayat lelaki ditemukan semalam.

Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan kembung dan melecur hampir 70 peratus oleh pemilik restoran pada 10 malam.

Difahamkan sebelum penemuan itu, pemilik yang berusia 40-an tiba di premisnya untuk meninjau keadaan restoran tersebut selepas hampir setahun menutup operasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas.



Bagaimanapun, lelaki itu terhidu bau busuk dari dalam kedai sebelum menemui titisan darah pada siling premis dan segera bertindak menghubungi polis ekoran bimbang berlaku perkara buruk.

Hasil bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mayat itu berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu namun berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Sehingga kini, siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti mangsa dan punca kematian,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Jual pelitup muka lebih harga siling, pemilik premis runcit dikompaun RM10,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker