SAJAT KATA BUAT APA DIA NAK SEMBUNYI, BUKAN BUNUH ORANG

“Buat apa nak sembunyi.. bukan kita bunuh orang,” balas usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman apabila ditanyakan dimana dia bersembunyi oleh seorang netizen.

Semua sedia maklum mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengerahkan anggotanya memburu Sajat selepas mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, susulan kegagalan usahawan itu menghadiri prosiding kes berpakaian wanita Selasa lalu.

Perkara tersebut hangat diperkatakan semalam. Menjengah ke laman Instagram milik Sajat, dia dilihat masih lagi aktif mempromosikan produk peniagaannya iaitu bengkung dan emas.

Dalam pada itu, di ruangan komen Instagram Sajat, rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai kontroversi tersebut. Tidak melatah dengan pertanyaan netizen itu, Sajat tenang membalas dengan mengatakan dia tidak perlu bersembunyi kerana dia bukannya melakukan kesalahan berat seperti jenayah bunuh.



Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita. Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Seksyen 16, Shah Alam.

JAWAB DAKWAAN – JAIS SAH SIASAT SAJAT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker