BENGKAK MUKA, BADAN PUNCA GAGAL HADIR – SAJAT SEDIH DIPERLAKUKAN SEBEGINI

“Saya tidak sihat. Muka dan badan saya tiba-tiba jadi bengkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun ada kalau tidak percaya. Kalaulah saya mahu mengelak atau lari, lebih baik pindah ke luar negara. Buat apa saya beri kerjasama selama ini?

“Terus terang, saya tak takut. Tetapi lebih sedih dan kecil hati diperlakukan sebegini,” jelas usahawan kosmetik, Sajat yang mendakwa faktor kesihatan adalah sebab kukuh dia tidak dapat hadir ke mahkamah.

Sajat memberitahu dia mengalami bengkak pada muka dan badan akibat alahan makanan dan mendakwa mempunyai surat pengesahan bertulis daripada doktor.

Umum sedia maklum, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat selepas gagal hadir hadir ke prosiding sebutan semula kes berpakaian seperti wanita pada Selalu lalu.

Dalam pada itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata dia merasakan seperti dibuli kerana mendakwa tidak diberikan hak sebagai rakyat negara ini.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap Sajat. Tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam petang Rabu lalu

.

Leave a Reply