Edar dadah: Buruh terlepas hukuman gantung


Tang Chin Tart

26/02/2021 03:35 PM

GEORGE TOWN, 26 Feb — Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar 2,601 gram dadah, empat tahun lepas.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tang Chin Tart, 56, di akhir kes pendakwaan.

Mohd Radzi dalam penghakimannya berkata mahkamah menolak keterangan yang dikemukakan oleh pegawai tangkapan dan penolong pegawai tangkapan kerana terdapat banyak percanggahan, selain pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Tang didakwa mengedar 2,601 gram dadah jenis monoacetylmorphine dan heroin di sebuah rumah di Lebuh Sungai Pinang pada 10.15 malam, 8 Mei 2017.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Teh Li Siew manakala Tang diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan V. Santhiran.

Tang yang berbaju T putih dan seluar putih kelihatan gembira dengan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada peguamnya di luar mahkamah.

Pekerja kontrak terlepas tali gantung, di penjara lapan tahun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker