Lapan syarikat korporat dan swasta taja pasukan ragbi negara


Datuk Shahrul Zaman Yahya (Gambar fail)

26/02/2021 02:20 PM

IPOH, 26 Feb — Lapan syarikat korporat dan swasta telah menyatakan kesediaan untuk menaja Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi membolehkan pasukan ragbi negara 15 sepasukan menyertai perlawanan saingan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) pada Mei depan.

Tanpa mendedahkan nama syarikat terbabit, Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata tajaan itu termasuk melantik seorang jurulatih berpengalaman dari New Zealand bagi membantu mempertingkatkan mutu permainan pasukan ragbi negara.



“Kami sangat bersyukur apabila ada syarikat swasta yang sudi menaja walaupun jumlahnya tidak begitu besar disebabkan keadaan ekonomi ketika ini tidak begitu baik akibat penularan pandemik COVID-19.

“Kalau dahulu sebuah syarikat boleh taja sehingga RM2 juta tetapi sekarang susah sedikit…kami akan cuba minta bantuan kewangan dengan lebih banyak syarikat lagi, sebelum kejohanan berlangsung,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke sebuah kilang pembuatan alat peranti elektronik, Salutica Allied Solution Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Zarib, Lahat di sini, hari ini.

Pada Januari lalu, Shahrul Zaman berkata pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya RM2 juta bagi membolehkan pasukan ragbi negara menyertai ARC yang sepatutnya berlangsung tahun lalu namun ditunda ke tahun ini disebabkan penularan wabak COVID-19.

KRM rayu sumbangan kewangan untuk skuad negara sertai kejohanan antarabangsa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker