SAJAT DIDAKWA SEMBUNYI SELEPAS KEMUKA SURAT MC, ELAK DICEKUP JAIS?

“Dia hanya mengemukakan surat MC (sijil cuti sakit) selama dua hari yang diperoleh daripada hospital kerajaan kepada Peguam Syarienya, Zuri Zabuddin Budiman menerusi aplikasi WhatApps. Sajat kemudiannya terus menghilangkan diri sehingga kini,” demikian kata sumber yang mendakwa usahawan kosmetik, Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan kepadanya.

Memetik laporan Kosmo, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman didakwa bersembunyi bagi mengelakkan dirinya dicekup oleh JAIS. Setakat 9 malam tadi, pihak penguat kuasa masih gagal mengesan keberadaan Sajat.

Pada Rabu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan anggotanya memburu Sajat selepas mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, susulan kegagalan usahawan terbabit menghadiri prosiding kes berpakaian wanita Selasa lalu.

Difahamkan, semalam Sajat masih lagi aktif mempromosikan produk peniagaannya iaitu bengkung dan emas. Malah, Sajat turut membalas komen netizen mengatakan dia tidak perlu bersembunyi kerana dia bukannya melakukan kesalahan berat seperti jenayah bunuh.

SAJAT KATA BUAT APA DIA NAK SEMBUNYI, BUKAN BUNUH ORANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker