UYAINA AKUI DIRISIK KELUARGA RAJA SYAHIRAN NOVEMBER 2020

Uyaina Arshad sudah dirisik! Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengacara dan pelakon dimana dia mengakui sudah dirisik keluarga kekasihnya yang juga penyanyi, Raja Syahiran pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka memilih merahsiakan perkara itu atas permintaan kedua belah pihak. Menurut Uyaina, pada pertemuan itu ibu Syahiran turut memberi sebentuk cincin sebagai tanda merisik.

“Keluarga Syahiran sudah datang bertemu keluarga saya untuk merisik pada November tahun lalu. Alhamdulillah, pertemuan dua belah keluarga berjalan lancar, namun atas permintaan keluarga, kami terpaksa merahsiakannya sebelum ini.

“Pada hari terbabit tiada majlis dibuat, malah saya pun tak sempat bersiap. Ibu Syahiran sekadar datang memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan kedua-dua belah keluarga saling berkenalan,” jelas Uyaina yang sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat dengan Syahiran sejak Mei tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply