China mahu tingkatkan sumbangan dalam sains dan teknologi dunia


Wang Zhigang, Menteri Sains dan Teknologi China

27/02/2021 05:29 PM

BEIJING, 27 Feb — China akan meningkatkan peranan sains dan teknologi dalam menyokong dan menerajui pembangunan ekonomi, perindustrian, masyarakat dan keselamatan untuk manfaat negara dan dunia.

Menteri Sains dan Teknologi China, Wang Zhigang berkata demikian dalam sidang akhbar anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Jumaat.



Beliau berkata, sejak Rancangan Lima Tahun ke-13 dilaksanakan pada 2016, daya sains dan teknologi serta daya inovasi China menunjukkan banyak kemajuan.

Peruntukan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) meningkat daripada RMB1.42 trilion (RM893 juta) pada 2015 kepada RMB2.4 trilion (RM1.51 trilion) pada 2020.

Antaranya, peruntukan dalam penyelidikan asas meningkat dua kali ganda, dan jumlahnya dijangka melebihi RMB150 bilion (RM94.35 bilion) pada 2020.

Selain itu, usaha meningkatkan R&D dan pengaplikasian pencegahan wabak, inovasi ubat, dan kemudahan perubatan turut diperkasakan.



Menurut Indeks Inovasi Global dikeluarkan Pertubuhan Harta Intelek Dunia baru-baru ini, kedudukan China melonjak dari tempat ke-29 pada 2015 ke tangga ke-14 pada 2020.

Dikecam Gel4r Lisa ‘Blackpig’, Janna Nick Tutup IG & Twitter?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker