BILA ALTIMET KERJASAMA DENGAN ONE NATION CENTRE SUMBANG VAN BUAT AMBULAN

Baru-baru ini, penyanyi rap dan komposer Altimet telah terpanggil untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre bagi menyediakan sebuah ambulan, demi membantu golongan tidak berkemampuan.

Menurut Altime, dia sudah menyerahkan van milik syarikatnya untuk diubah suai manakala pihak One Nation Centre akan menanggung kos pengubahsuaian dan peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulan dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai.

“Jariah Ambulans One Nation X Altimet. Untuk membuat sebuah ambulan, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubah suai van saja menelan belanja hampir enam angka. Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir RM200,000.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Minggu lalu saya menyerahkan van syarikat saya untuk diubah suai oleh One Nation menjadi sebuah ambulan. Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet. Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Altimet yang bakal genap usia 43 tahun pada November ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menderma dan menganggap sumbangan yang diberikan mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, Atimet juga memberitahu mereka masih memerlukan sumbangan orang ramai sekitar RM35,000 untuk menjayakan misi murni tersebut.

Image_3.jpg

“Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulan. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka. Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh’afin yang benar-benar memerlukan. Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma,” ujarnya.

Menerusi laman Instagram, penyanyi lagu ‘Duit’ ini turut memuat naik video dia memandu van tersebut dan perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji tindakan mulia Altimet serta One Nation Centre dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

ALTIMET: “SEMUA LAGU MASUK, BUATLAH AJL SEMINGGU… MASIH ADA YANG TAK PUAS HATI”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker