Kuku hitam, jangan-jangan hati pun hitam, Komen seorang di Insta – Apa reaksi Neelofa
Sejak beberapa minggu ini jarang pula dengar cerita atau kontroversi tentang Neelofa.
Kalau sebelum ini, hampir setiap minggu ada sahaja cerita melibatkan selebriti itu dan keluarganya.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu, bekas pengacara MeleTOP itu memuat naik tangkap layar komen yang diterima daripada seorang netizen dalam Instagramnya.
Dalam ruangan komen, individu itu mengecam tindakan Neelofa yang mewarnakan kuku jarinya.
“Kuku hitam, jangan-jangan hati pun hitam,” tulis individu itu.
Perkara tersebut disuarakan berdasarkan penampilan terbaharu Neelofa yang sering memakai inai pada kukunya.
Neelofa yang terhibur dengan situasi tersebut turut berkongsi tangkap layar dengan seorang ustazah yang merupakan penjual inai yang dipakainya.
Menariknya, Neelofa tidak memarahi mahupun membalas komen individu tersebut malah menganggap luahan sebegiyu sebagai satu bentuk hiburan.
Hasil siasatan, rupa-rupanya ramai lagi yang bertanyakan perkara sama terhadap Neelofa dalam ruangan komen.
Mungkin selepas ini Neelofa perlu beritahu kenapa dia memakai inai. Biar lega hati semua orang.
BILA NORA DANISH POTONG KUKU SUAMI: “TERBAU APA-APA, ITULAH SYURGAMU SAYANG”