NAMPAK ‘BABY BUMP’ – SARI YANTI SAHKAN KINI HAMIL ANAK KELIMA

Pelakon Sari Yanti sebelum ini menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu foto yang dirakam bersama rakan industri, Scha Alyahya yang sedang hamil anak kedua sebelum selamat bersalin pada pada 12 Februari lalu.

Foto tersebut telah menarik perhatian pengikutnya dimana menyentuh mengenai ‘baby bump’ Sari yang seolah-olah jelas kelihatan dan mulai berteka-teki sama ada isteri kepada pelawak Jep Sepahtu itu kini sedang hamil anak kelimanya.

Terkini, Sari yang mengesahkan dirinya ini sedang hamil anak kelima, selepas menimang cahaya mata keempat sekitar lapan bulan lalu. Berita gembira itu didedahkan oleh Sari menerusi Insta Stroy bagi menjawab soalan yang diajukan netizen.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu juga berkata ini adalah kandungan ketujuh selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.

Lebih menjadi perhatian, Sari turut menjawab pertanyaan netizen dimana dia sendiri yang menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa pembantu.

Untuk makluman, Sari mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu pada Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir kini berusia lapan bulan. Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil perkahwinan terdahulu.

 

MACAM ‘BABY BUMP’, SARI YANTI HAMIL ANAK KELIMA?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker