Pengurus Ladang dicekup kerana pecah amanah RM20,000

01/03/2021 10:59 PM
SANDAKAN, 1 Mac — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus ladang di Sandakan hari ini kerana disyaki menyalahgunakan wang tabung pekerja ladang berjumlah kira-kira RM20,000 pada 2018.

Ketika mengesahkan penahanan itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy berkata suspek lelaki berumur 39 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan di sini.

“Wang tersebut disyaki telah dikeluarkan oleh suspek menerusi enam keping cek sebuah bank.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan akan dituduh esok,” katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp malam ini.



Menurut Karunanithy, kes itu disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

SAJAT DIDAKWA SEMBUNYI SELEPAS KEMUKA SURAT MC, ELAK DICEKUP JAIS?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker