PIHAK BERKUASA GAGAL TEMUI SAJAT KETIKA SERBUAN DI RUMAH
“Ketika serbuan, hanya terdapat beberapa individu termasuk bapanya, Kamaruz Zaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya dalam kediaman berkenaan. Pemeriksaan lanjut telah dilakukan di seluruh kediaman itu bagaimanapun Sajat gagal dijumpai,” menurut sumber.
Menerusi laporan Kosmo, pihak berkuasa telah melakukan serbuan ke kediaman Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, semalam, namun usahawan tersebut gagal ditemui.
Kata sumber, serbuan dilakukan sekitar pukul 9 malam di kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara, namun hanya ada beberapa individu termasuk bapanya Kamaruz Zaman Harun, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya.
Terdahulu, menerusi laman Instagram, Sajat seolah-olah memerli Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila memberitahu masih tiada orang mengetuk pintu rumah untuk menangkapnya.
Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Instagram milik Sajat juga tidak ditemui dipercayai telah dinyah aktifkan.
DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA BERPAKAIAN WANITA – SAJAT MENGAKU TIDAK BERSALAH