Lelaki cedera, paraglider peribadi terhempas

01/03/2021 11:54 PM

KANGAR, 1 Mac — Seorang juruterbang sukan luncur udara, Shahrizal Daud cedera pada bahagian tangan kanan setelah paraglider dikendalikannya terhempas di Padang Kompleks Kastam di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata sebelum kejadian berlaku pada 7.10 malam itu, paraglider milik persendirian itu sedang melakukan demonstrasi penerbangan.



“Mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan kini mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sebuah lori pengangkut diiringi sebuah kereta polis membawa keluar paraglider itu kira-kira 8.53 malam.

HASIL DUIT ‘TARIK’ DALAM PLASTIK HITAM WUJUD!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button