Umno Pahang Pertahan Muafakat Nasional – Wan Rosdy

UMNO Dan PAS Pahang Pertahan Muafakat Nasional

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PAHANG

Pahang terus komited dan konsisten perkukuhkan Muafakat Nasional

Sukacita saya mengulangi pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri bahawa ia akan terus komited dan konsisten dalam mengukuhkan lagi persepakatannya dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.



Kenyataan Umno Pahang

Sepertimana pendirian sama dinyatakan sebelum ini, begitulah juga yang dizahirkan pada pertemuan kepemimpinan tertinggi MN Pahang malam tadi yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Timbalannya, YB Andansura Rabu.

Mereka yang turut mewakili PAS pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan, YB Ustaz Tarmizi Yahya, Setiausaha Badan Perhubungan, Encik Hasanuddin Salleh dan Pengarah Pilihanraya, Encik Hamdan Abdullah.

Yang mengiringi saya pula ialah Timbalan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri, YB Dato’ Sri Hassan Ariffin, Bendahari, YB Dato’ Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak, Ketua Penerangan, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha, YBhg Dato’ Sri Abdul Hamid Nazahar.

Ini merupakan pertemuan kesekian kalinya diadakan antara kedua-dua barisan kepemimpinan parti. Pertemuan malam tadi turut membincangkan pelbagai perkara khususnya berkaitan gerak-atur kerja bersama bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.



Kesepakatan UMNO & PAS Pahang

Berkaitan MN Pahang, saya telah secara konsisten menyebut betapa ia merupakan persepakatan terbaik demi menyaksikan kesinambungan dan kestabilan Kerajaan yang ada pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) sekarang, serta Kerajaan Negeri tempoh pasca PRU-15 kelak.

Lagipun, persepakatan sebeginilah yang dituntut bukan sahaja oleh ahli-ahli kedua-dua parti UMNO dan PAS, malah turut diterima baik serta dituntut juga oleh rakyat negeri ini.

Kukuhkan Kerjasama

Sejarah juga membuktikan, di sebalik jatuhnya Kerajaan Pusat pimpinan BN pada PRU-14 lepas namun di Pahang (selain di Perlis), BN yang ditunjangi UMNO, terus-menerus mendapat mandat rakyat untuk memerintah tanpa henti selama lebih 60 tahun kini.
Dengan kekuatan yang ada pada BN Negeri yang UMNO tunjangi, dan diperkukuhkan lagi dengan penyertaan PAS dalam MN Negeri saya yakin, In Sya Allah, perjuangan bersama kita menghadapi PRU-15 akan membuahkan hasil yang lebih daripada disasarkan.

Oleh itulah saya berharap, kita sama-sama perkukuhkan persepakatan kita ini yang tentunya bersandarkan atas faktor kejujuran dan setiakawan sejati, demi menyaksikan bangsa, agama dan bumi Pahang kita terus terpelihara.

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
2 Mac 2021

Internet medium perhubungan penting ketika COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker