DITUDUH CEMBURU DEK LARANGAN ‘MUMMY’ & ‘MAMA’ – MAWAR TAMPIL NAFI, JELASKAN

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu Mawar Karim telah menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.

Dalam jawapannya itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri ‘mummy’ dan ‘mama’ kerana ia panggilan istimewa baginya dengan anak, Wan Maryam.

Bagimanapun, Mawar telah menerima komen yang rasa kurang senang daripada segelintir netizen dek kerana larangan panggilan berkenaan. Mawar meminta netizen tidak menjatuhkan hukum dengan menuduhnya cemburu.

Menyedari pelbagai komen kritikan yang diterima di media sosial, Mawar tampil menjelaskan maksud sebenar yang cuba disampaikan berhubung kenyataannya itu menerusi Insta Story miliknya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Cuba faham betul-betul apa yang saya kata ini sangat ringkas dan mudah difahami, juga jelas perkataan mummy atau mama. Dua panggilan ini khas buat Maryam untuk saya.

“Selain itu, ibu, umi, bonda kawasan, sewaktu dengannya terpulang satu hari kalau Maryam ditakdirkan dapat mak baru. Saya masih waras dan boleh berfikir secara logik kakak-kakak sayang semua, jangan cepat menghukum kata saya cemburu.

“Saya bukan jenis cepat melenting mahupun melatah kakak-kakak sekalian, saya tidak ambil hati mahupun terasa hati dengan komen-komen yang kelakar. Sekali imbas sahaja saya baca terlalu banyak respon saya terima.



Image_3.jpg

“Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri tidak perlu iri hati siapa lebih siapa kurang, yang pasti fokus utama saya untuk Maryam. Tiada masa nak jealous kehidupan sesiapa. Chill saja kakak-kakak sayang, banyak benda lagi saya nak fikir untuk masa depan, jangan risau ya,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Image_4.jpg

KEPADA BAKAL IBU BARU MARYAM, INI PESAN MAWAR: “JANGAN PANGGIL MUMMY ATAU MAMA”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker