Ketereh Bertukar Jadi Spekulator Siapa?

Ahli Parlimen Ketereh Tiada ‘Grup Wasap’?

Ahli Parlimen Ketereh merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menaikmuat satu hantaran di facebook beliau.

Annuar cuba mempertikaikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat di ILMU Janda BaiK pada 19 Februari 2021.

Persoalannya adakah dakwaan Annuar Musa mengenai hasil mesyuarat itu keputusan konsensus MKT dan didedahkan kepada umum? Sejauh yang diketahui, Perdana Menteri sendiri tidak mendedahkan surat mengenai keputusan MKT.



Naratif Siapa

Dari mana pula sumber Menteri Wilayah apabila cuba bermain naratif sebegini? Sebagai bekas Setiausaha Agung BN, Annuar sepatutnya lebih maklum sebarang perbincangan melibatkan MKT Umno adalah rahsia parti.

Perlu diingatkan kepada Annuar Musa, keputusan UMNO dan BN menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional telah dimaktubkan hanya sehingga PRU15 diumumkan. Beliau boleh merujuk kepada siaran siaran dalam MKT UMNO dan BN sebelum ini.

Hormati Keputusan Umno Bahagian

Annuar Musa juga perlu sedar, penulisan beliau secara terbuka di media sosial hanya mengundang rasa kurang selesa ahli Umno yang telah menyatakan pendirian mereka dalam Mesyuarat Bahagian UMNO pada awal Januari 2021.

Setiausaha Agung Umno/BN, Dato Ahmad Maslan juga telah mendedahkan jumlah Bahagian Umno yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).



Pengerusi Perhubungan Umno Pahang antara yang pertama menyatakan tiada keperluan untuk PPBM bertanding di mana mana kerusi di Pahang.

Satu lagi persoalan dalam penulisan Ketereh yang menarik perhatian ialah naratif ‘Jajaran Baru’. Sedia maklum Annuar Musa dalam satu sidang media mendedahkan sepucuk surat sokongan bertandatangan oleh kepimpinan UMNO menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tidak Beri Bukti Dakwaan

Bagaimanapun beliau enggan menyerahkan salinan tersebut kepada wartawan bagi membuktikan dakwaannya manakala Ibu Pejabat Umno telah mengeluarkan kenyataan menafikan surat tersebut.

Semua maklum Setiausaha Akhbar Annuar Musa Datuk Tun Faisal merupakan antara individu yang mendendangkan naratif ini. Sehingga sekarang Tun Faisal juga GAGAL mempamerkan bukti berkaitan pendedahan Annuar Musa.

Apakah ini memang telah dirancang Annuar Musa bagi menyerang Umno selepas tidak lagi bergelar Setiausaha Agung BN?

Bagi pemerhati politik apa yang ditulis Annuar Musa ini hampir menampakkan sikap ‘Trojan’ yang berada dalam Umno dan di’kuda’kan untuk memporak-porandakan Umno dari dalam.

Adakah Annuar Musa tidak ada ‘Grup Wasap’ bagi bertanyakan keputusan MKT? Sudah pasti Annuar Musa ada nombor telefon Presiden, Timbalan, Setiausaha Agung, Naib Presiden Umno tetapi mengapa memilih media sosial?

Artikel sumbangan – Osman Baktiar (pemerhati politik bebas)

SUA Menteri Jadi ‘Khadam’ Konspirator Rosakkan Umno?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker