DAPAT IDEA KETIKA MASUK LOKAP 20 HARI – DA’I SYED CIPTA LAGU ‘YA HABIB’

“Seperti mana kita tahu ramai diuji seperti tidak dapat beli makanan, susu anak dan sebagainya. Memandangkan saya pun pernah diuji, jadi saya perlu bangkit. Jadi, semangat dan kekuatan itu daripada Allah. Disebabkan itu saya nak menjadi usahawan dan melakar kerjaya sebagai anak seni dengan berkarya dalam kehidupan. Memang susah, tapi Tuhan yang berikan semangat,” ujar pendakwah selebriti yang mencetuskan kontroversi, Da’i Syed, dipetik sebagai berkata.

 

Khabarnya dia kini membuat kemunculan pertama melalui lagu baru yang ilhamnya tercetus dalam lokap selepas dibebaskan dengan bayaran ikat jamin RM35,000 oleh Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya pada 15 Disember tahun lalu.

satu majlis sidang media secara maya sempena pelancaran single, Ya Habib dan pelancaran produk DYXY Ya Habib Collection telah diadakan.

“Lagu ini ditulis ketika dalam lokap selama 20 hari. Saya sempat buat lirik dan hasilkan melodi. Ini detik yang peminat tunggu,” tambah Syed mengenai lagu hasil ciptaan Ryan Deedat dan lirik daripada Syed sendiri.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Syed didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya dan di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Sebutan kes di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 Mac ini.

“Masyarakat perlu faham dia belum disabitkan salah. Jadi biarlah dia hidup seperti apa dimahukan. Pada saya tidak ada isu,” kata Peguam Syed, Syed Amirul Syed Edros, mengenai aktiviti terkini anak guamnya itu.

Polis Jakarta tembak mati enam pengikut Habib Rizieq Shihab

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker