Ebit Lew Jadi ‘Mickey’ Gembirakan Anak Syurga
Ebit Lew Bertukar Jadi Watak Kartun Untuk Gembirakan Anak Syurga
Ebit Lew satu nama yang sangat dikenali dengan kerja-kerja kebajikan. Sanggup memakai kostum watak terkenal Disney ‘Mickey Mouse’ untuk menggembirakan hati anak syurga.
Beliau yang turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor atas kerja kebajikan menyantuni anak anak istimewa di Paramount Coffee House petang tadi.
Ikuti tulisan di facebook Ebit Lew
Bahagia sangat hati di Petang Jumaat. Saya jadi Mickey belanja belanja adik istimewa di Paramount Coffee House. Belanja anak ini anak patung dan sedikit angpow. Happy sangat tengok anak ini semua.
Di kala kita rasa berat ada anak yang sangat istimewa. Mak ayah nya terpilih melalui ujian kerana kasih sayang Allah. Ustaz, saya berdoa nak jumpa ustaz. Minat sangat dekat ustaz. Rezeki kami dapat bertemu ustaz. Allah sayang abang kakak semua. Semoga sentiasa bahagia dan Allah kabulkan doa.
Saat tengok anak ini senyum atau happy. Terasa bahagia. Lagi bahagia dapat senyuman wajah mak ayah yang hadir. Ada rezeki kita bertemu lagi ye.
Sememangnya senyuman anak anak syurga itu memberi makna yang sangat besar buat ibu bapa mereka.
Ebit juga pernah terpalit isu semasa membantu ‘Gipsi Sabah’. Bagaimanapun dengan semangat yang kuat, Ebit terus membantu rakyat susah tanpa henti.
TMJ Kurnia RM100 ribu Bantu Ebit Lew