PPBM Akan Kembali Terajui Perak?

PPBM Dapat Sokongan 2 ADUN, Akan Kembali Terajui Perak?

Dengan penyertaan 2 lagi ADUN ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bermakna mereka sudah ada 7 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Asal DAP

ADUN Tronoh Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan mengesahkan mereka menyertai PPBM pada 4 Mac 2021. Penyertaan mereka disahkan YB Zainol Fadzi ADUN Sg Manik.



Sivasubramaniam sebelum ini mewakili DAP kemudian melompat ke Gerakan pada Jun 2020. Manakala Yong sebelum ini mewakili DAPĀ  menjadi Wakil Rakyat Bebas sehingga menyertai PPBM.

Kerusi PPBM kini bertambah daripada 5 menjadi 7 kerusi dalam Perak. Pertambahan ini merupakan berita baik untuk Perikatan Nasional di peringkat pusat bagi menghadapi PRU15 kelak.



PPBM Kini 7 Kerusi

Kekuatan 7 kerusi PPBM dijangkakan mampu memastikan Perak diambil alih semula oleh PPBM selepas UMNO memutuskan tidak bekerjasama dengan PPBM dalam PRU15.

Umno sebelum ini telah mengutuskan keputusan MKT Umno kepada Presiden PPBM yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun surat bertanda ‘SULIT’ itu tersebar di media sosial tanpa diketahui siapa yang menyebarkannya.

Majli Tertinggi PPBM pula semalam telah bermesyuarat membincangkan keputusan UMNO. Setiausaha Agung PPBM telah mengeluarkan kenyataan media bagi membalas keputusan UMNO.



Sejarah Peralihan Perak

Peralihan pentadbiran Perak daripada PPBM ke Umno amat menarik untuk dilihat serta dijadikan rujukan. Peralihan berlaku apabila berlaku ‘Undi Percaya’ terhadap Menteri Besar ketika itu YB Dato Seri Ahmad Faizal Azumu.

Faizal Azumu kalah dalam kiraan undi percaya dan hampir semua ADUN Perak menyokong Dato Saarani Mohamad dilantik sebagai MB Perak yang baru.



Pada ketika itu PPBM hanya ada 5 kerusi sahaja dan ia tidak cukup meyakinkan Adun Perak. Kini dengan penambahan 2 sokongan buat PPBM dan penyertaan PAS dalam Perikatan Nasional di pusat, tidak mustahil PPBM akan kembali di kerusi MB Perak.

Tiada Kerjasama Umno – PPBM

Saarani Mohammad pula pernah mengeluarkan kenyataan TIADA KERJASAMA dengan PPBM di Perak pada PRU15. Ini menguatkan lagi spekulasi penyertaan Tronoh dan Buntong akan memberi impak terhadap keyakinan rakyat kepada PPBM.

Penyatuan Ummah Ala PPBM

Disebalik dakwaan di Mahkamah yang dihadapi Tronoh, PPBM terus tenang membuka peluang kepada Yong untuk membuktikan kemampuannya dalam politik Perak.



Kini slogan PENYATUAN UMMAH benar-benar dihayati PPBM, PAS dan GERAKAN di Perak. Tidak mustahil selepas ini PN akan muncul sebagai ‘JUARA RAKYAT’ pada PRU15.

PPBM: KAWAN ATAU LAWAN?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button