ANAK SEKOLAH SWASTA DIPERTIKAI, INI JAWAB RITA: “APA INGAT SEKOLAH KERAJAAN SERINGGIT JE KE?”

Semua sedia mengetahui mengenai isu di antara pelakon Rita Rudaini dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan. Rita bagaimanapun mengakui tidak pernah terdetik untuk mengungkit kembali soal pemberian nafkah daripada Aidil yang juga merupakan pemain bola sepak.

Jelas pelakon berusia 45 tahun itu, sekiranya dia mempunyai niat untuk melakukan hal sedemikian, perkara tersebut telah pun dia lakukan sejak dari dulu lagi.

“Saya tak pernah ungkit pasal duit. Kalau saya nak ungkit pasal duit nafkah RM3,000 tu, dah lama dah saya berbunyi. Ni dah tahun 2021, anak saya pun dah 12 tahun tapi saya tak pernah bersuara.

“Saya pun tak pernah pergi ke mahkamah buka fail baru. Jadi tiada isu tetapi pihak di sana yang mulakan dulu. Masa tu dia tak sebut amaun berapa jadi saya pun sebutlah,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, ada dikalangan netizen yang mempertikai mengapa Rita masih menghantar dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke sekolah swasta jika dia merasakan wang nafkah tersebut tidak mencukupi, ini penjelasan Rita:

“Ada pula yang kata. Duit RM3000 ni cukup. Bagi yang cukup, cukuplah dia. Tapi betul ke cukup? Kira betul-betul. Walaupun ada yang mempertikai saya hantar anak bersekolah di sekolah swasta. Ada yang cadangkan saya hantar mereka ke sekolah kerajaan.

“Apa ingat sekolah kerajaan seringgit je ke? Sekolah kerajaan sekarang tak macam zaman kita dulu. Walaupun sekolah kerajaan, kerja sekolah kena print, kena ada printer dan juga laptop. Zaman kita dulu semua cikgu sediakan tapi sekarang semua kena buat sendiri,” ujarnya.

Image_3.jpg

Jelas pelakon filem ‘Mami Jarum’ ini lagi, antara sebab dia menghantar anak-anaknya itu ke sekolah swasta adalah kerana soal keselamatan dan berkemampuan.

“Saya hantar mereka ke sekolah swasta sebab saya rasa saya mampu. Kalau tak mampu saya pun tak hantar. Tapi tak pernah pun saya nak berlagak.

“Saya pilih sekolah itu sebab ciri-ciri keselamatan dia memang ketat. Bukanlah niat saya nak kata sekolah kerajaan ni tak ketat tapi kita pun nampak macam bila tamat sesi persekolahan, ramai yang duduk di luar pagar.

“Macam di sekolah anak saya, tak boleh berada di luar pagar. Mereka kena ada di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa datang ambil dan cikgu pula lepaskan sorang-sorang. Itu yang saya nak sebenarnya,” jelasnya yang turut menyifatkan setiap ibu bapa pastinya punya perancangan masing-masing buat anak-anak.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply