Dakwaan cuba disogok: SPRM minta Ahli Parlimen Sekijang buat laporan

06/03/2021 06:03 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail dinasihat untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan ada individu cuba menyogok beliau supaya keluar daripada partinya.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ahli Parlimen PKR itu perlu membuat aduan kepada SPRM jika menganggap perkara itu sebagai perlakuan rasuah.

“Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan.

“SPRM bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa ada dua individu telah bertemu dengan Natrah dan cuba menyogok beliau supaya berpaling tadah daripada parti dengan nilai tawaran RM10 juta selain dijanjikan jawatan.

Ahli perniagaan jual nama ketua polis Johor, cuba rasuah polis ditahan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker