Ada laporan pegawai bomba terbabit kes rasuah, salah guna kuasa

Oleh – Syeikh Baran


Ada laporan pegawai bomba terbabit kes rasuah, salah guna kuasa
Nor Hisham (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada pegawai JBPM Kelantan di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Unit Integriti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 80 aduan melibatkan pelbagai kesalahan pegawai dan anggota jabatan tersebut di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 52 kes salah laku dilaporkan, skandal dan seksual (7), salah guna kuasa (7), rasuah (4), pentadbiran (4), pengurusan (3), penyelewengan (2 kes) dan melibatkan aduan kes kewangan (1 kes).



Katanya, jumlah tersebut juga melibatkan sebanyak 35 aduan yang berasas, aduan tidak berasas (34), aduan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (7) dan masih dalam tindakan (4)

“Daripada 35 aduan yang berasas, sebanyak tujuh kes disyorkan tindakan tatatertib manakala 19 kes diberikan Surat Peringatan dan Teguran, lapan kes disyorkan tindakan penambahbaikan dan satu kes dirujuk kepada agensi penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, tiada kes aduan melibatkan kesalahan warga JBPM Kelantan sepanjang tahun lalu. Kita mengambil serius dan cakna setiap salah laku dan keperibadian sahsiah diri setiap pegawai bomba.

“Tiada kompromi dan rayuan kepada pegawai yang terlibat dengan salah laku tatatertib yang serius,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kelantan di Hotel Perdana, di sini hari ini.



Pada majlis itu, seramai 27 daripada 54 pegawai dan anggota yang hadir menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Mengulas lanjut, Nor Hisham memberitahu, pegawai dan anggota JBPM perlu beretika, berketerampilan, berintegriti dan saling hormat menghormati.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading