Norman Hakim Mohon Ampun Kepada Abby Abadi Atas Kesalahan Sepanjang Perkahwinan Mereka Terdahulu

Norman Hakim Mohon Ampun Kepada Abby Abadi Atas Kesalahan Sepanjang Perkahwinan Mereka Terdahulu

Norman Hakim Mohon Ampun Kepada Abby Abadi Atas Kesalahan Sepanjang Perkahwinan Mereka Terdahulu

Pelakon terkenal Norman Hakim, 48 tahun, dengan rendah hati memohon maaf kepada bekas isterinya, Abby Abadi, 46 tahun, atas kesilapan yang pernah dilakukannya semasa perkahwinan mereka terdahulu.

Norman juga telah mengambil tanggungjawab berhubung isu yang melibatkan perkahwinan anak mereka, Marissa Dania Hakim, 19 tahun, dengan seorang lelaki yang sudah beristeri serta mempunyai dua anak di Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Norman Hakim Mohon Ampun Kepada Abby Abadi Atas Kesalahan Sepanjang Perkahwinan Mereka Terdahulu

“Oklah, ampun maaf untuk yang kesekian kali, untuk segala kelemahan, salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.

“Seperti yang saya katakan insya Allah saya usaha yang termampu. Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tak ada akses untuk menghubungi awak,” tulisnya.

Dalam sebuah hantaran di Instagram Abby, Norman menyatakan rasa penyesalannya dan kesediaannya untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Permohonan maaf itu juga turut disertai dengan permintaan doa yang baik-baik untuk kebaikan semua pihak, terutamanya bagi anak mereka, Marissa Dania.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Naib Presiden UMNO gesa isu stoking diselesaikan segera

“Tidak hanya itu, Norman juga memaklumkan kepada Abby bahawa Marissa Dania mengirim salam kepadanya dan meminta didoakan yang baik-baik,” katanya.

Norman juga menegur bekas isterinya itu di ruangan komen agar tidak lagi membuat perkongsian terbuka mengenai situasi Marissa Dania di media sosial. Namun, perbalahan antara mereka dalam ruangan komen itu menarik perhatian netizen yang kebanyakannya berasa simpati dengan dugaan yang dihadapi Abby berhubung situasi perkahwinan anak mereka.

Norman Hakim Mohon Ampun Kepada Abby Abadi Atas Kesalahan Sepanjang Perkahwinan Mereka Terdahulu

Sebelum ini, Abby telah mengesahkan mengenai perkahwinan Marissa dengan Aslam menerusi temubual ekslusifnya bersama sebuah portal hiburan yang tular.

Khabar berita mengenai perkahwinan Marissa telah menjadi bualan ramai pada Januari lalu, selepas dikatakan telah bernikah secara senyap-senyap dengan Aslam di Thailand tanpa pengetahuan Norman dan Abby.

Perkahwinan Marissa yang diketahui telah lama bercinta dengan Aslam juga tidak diketahui oleh isteri pertama Aslam, Misya Mazlan, yang ketika itu berada di Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 2002 dan dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008. Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan memiliki tiga anak, manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

 

Kisah rumah tangga ini telah menjadi tumpuan ramai dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat dan pengikut mereka di media sosial.

Norman Hakim Mohon Ampun Kepada Abby Abadi Atas Kesalahan Sepanjang Perkahwinan Mereka Terdahulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker