Penjawat awam rugi hampir RM30,000 ditipu Macau Scam

05/03/2021 10:49 PM

JOHOR BAHRU, 5 Mac — Seorang penjawat awam rugi RM28,600 gara-gara terpedaya dengan sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata wanita berusia 35 tahun itu membuat laporan polis berhubung penipuan berkenaan di Balai Polis Tampoi pada pukul 8.40 malam tadi.



Menurutnya kejadian bermula apabila wanita itu menerima panggilan daripada seorang lelaki menerusi talian +08795052222 yang memaklumkan kononnya dia mempunyai tunggakan cukai pendapatan RM16,000.

“Panggilan kemudiannya disambungkan kepada talian yang kononnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang, dan wanita itu kemudiannya berurusan dengan seorang lagi lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dengan memperkenalkan dirinya sebagai ASP Ismail,” kata dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata seterusnya wanita itu diberitahu kononnya dia terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram serta kes dadah dan lantaran itu, suspek meminta dia membuat pembayaran.

“Wanita itu turut diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang berdekatan untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun Maybank diberikan, dan kira-kira pukul 5.28 petang semalam, wanita itu memindahkan RM28,600 ke dalam akaun berkenaan,” katanya dan menambah kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Rasuah dalam kalangan penjawat awam cemar nama institusi kerajaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button