SHEIRA SAHKAN SAKINAH TUNANG GAYA BARAT, BAGI CINCIN… ‘WILL YOU MARRY ME’

“Sakinah dah bertunang dan dia bertunang ikut gaya orang putih. Ikut cara lamaran orang putih, bagi cincin dan tanya ‘Will you marry me?’. Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun dah bersetuju (mereka bertunang).

“Tiada majlis-majlis tunang, tak ada pantun semua itu,” itulah kata-kata penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah yang mengesahkan adiknya, pelakon Sharifah Sakinah sudah bertunang dengan jejaka berasal dari Sweden, Michael Hansen.

Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera, majlis pertunangan adiknya itu dilakukan mengikut gaya Barat. Terdahulu, ada laporan mengatakan Sakinah mengakui dia sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak sembilan bulan lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, Shiera berkata Sakinah kini sedang merancang majlis perkahwinannya selain menguruskan prosedur Michael untuk memeluk agama Islam.

“Sakinah tengah rancang majlis perkahwinan selain menguruskan hal berkaitan Michael yang akan memeluk agama Islam nanti. Semua perancangan untuk majlis itu nanti akan diuruskan oleh Sakinah, kami sekeluarga hanya akan mengikut sahaja,” ujarnya.

Image_3.jpg

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, sebelum ini mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei ini bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42.

“Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab Covid-19, semuanya masih dalam perbincangan,” jelasnya.

Pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei tahun lalu. Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia empat tahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply