Marah isteri undi calon Presiden lain

Oleh – Syeikh Baran


Marah isteri undi calon Presiden lain
NO membuat laporan polis di Balai Polis Batu Aji, Batam. – Wolipop

Seorang lelaki di Batam, Kepulauan Riau memukul isterinya selepas mengetahui mangsa mengundi calon Presiden yang lain semasa Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu), baru-baru ini.

Laman berita Suara.com melaporkan, kejadian berlaku sehari selepas hari mengundi iaitu pada 15 Februari lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batu Aji, Inspektor Yudha Firmansyah berkata, lelaki dikenali sebagai AJ itu beremosi apabila isterinya, NO memilih calon Presiden yang berlainan.



AJ didapati memukul NO di belakang kepala mangsa. 

“Keganasan rumah tangga itu berlaku di Cipta Prima Shopping, Batu Aji pada 15 Februari lalu.

“Mangsa mengaku memilih regu calon Presiden-Naib Presiden nombor dua, Prabowo-Gibran, manakala suaminya memilih regu calon nombor satu, Anies-Muhaimin,” kata Yudha.

Jelas Yudha, perselisihan suami isteri itu sudah lama berlaku, namun perbezaan pemilihan calon presiden memburukkan lagi keadaan.



Yudha berkata, pergaduhan ini bukan sahaja berpunca daripada perbezaan pemilihan calon presiden, malah masalah rumah tangga yang berlarutan sejak sekian lama. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker