Polis Tahan Pengasas MYAirlines Tapi Kenapa Muhyiddin Yang Demam?

Polis Tahan Pengasas MYAirlines Tapi Kenapa Muhyiddin Yang Demam

Polis Tahan Pengasas MYAirlines Tapi Kenapa Muhyiddin Yang Demam?

Pengarah JSJ Komersil Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, mengesahkan polis telah menahan 2 orang pengasas bersama MYAirlines.

Kedua mereka ditahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Penulis pernah mengulas perkara ini dalam artikel yang bertajuk Adakah MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?.

Jadi apakah ianya mempunyai kaitan dengan Muhyiddin Yasin?



Firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership adalah firma guaman yang memberikan nasihat perundangan kepada Allan Goh, pengasas MYAirlines.

Manakala Rosli Dahlan pula adalah peguam kepada Muhyiddin Yasin, di mana khidmat guaman Rosli Dahlan sering digunakan oleh Muhyiddin dalam kes-kes beliau di mahkamah.

Tentu kita masih ingat, baru-baru ini, firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership diserbu oleh SPRM berkaitan perjanjian penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs.

Dengan penahanan pengasas MYAirlines di bawah AMLA, sudah pasti banyak yang akan terbongkar.



Ibarat ‘one stone kill two birds’.

Sudah pasti apa yang disembunyikan selama ini akan terbongkar, apa yang selama ini dilindungi akan terdedah.

Apakah semua kegiatan haram (sekiranya ada) pengasas MYAirlines selama ini ada kaitan dengan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership?

Dan sekiranya ada kaitan, apakah ianya juga mempunyai kaitan dengan Muhyiddin?

Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi, sama-sama kita tunggu sehingga pihak polis dan SPRM selesaikan siasatan mereka.

Cuma penulis nasihatkan, sekiranya Muhyiddin demam, cepat-cepat makan panadol.

Kalau tak ada, cuba minta dari Dr Mahathir, mungkin ada dalam simpanan beliau.

Cuma tiba-tiba penulis teringat kepada Azmin Ali, khabarnya Azmin Ali sekarang ini pun tengah demam selsema.

Cepat-cepat makan ubat yer Azmin…😜😜😜

 

Polis Tahan Pengasas MYAirlines Tapi Kenapa Muhyiddin Yang Demam?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker