PERUBAHAN NABIL – PENONTON MLS 2 PERHATI, KERAP SEBUT MASYA-ALLAH & SIMPAN JANGGUT PANJANG

“Yang menonton Muzikal Lawak Superstar 2 malam tadi (Jumaat), mungkin perasaan dengan perubahan Nabil yang sedikit cool dan mulutnya tak lekang sebut “MasyaAllah”.

“Ketika Kak Lina menyatakan SOP, amalkan 3W (Wear Your Facemask, Wash Your Hand & Watch Your Distance), Nabil tambah 1 W lagi. Wudhuk. Katanya pastikan sentiasa berwudhuk.

“MasyaAllah Tabarakallah,” antara kata-kata seorang pengguna bernama Khaizura Khalid yang berkongsi pendapatnya mengenai perubahan pada pengacara Nabil Ahmad, menerusi muat naik di Facebook baru-baru ini.

Menurut Khaizura, mungkin ada penonton program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) minggu kelima pada Jumaat lalu yang menyedari pengacara itu kerap menyebut perkataan ‘Masya-Allah’.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Oleh kerana menyedari perubahan tersebut, Khaizura mengulas kembali sesi siaran langsung Prof Muhaya dan KK Talib bersama dan Zira yang disaksikan pada 28 Februari lalu.

Dalam sesi siaran langsung itu, Nabil berkongsi pengalamannya pergi melakukan khuruj atau berdakwah bersama jemaah.

“Menangis Nabil nak kongsi kisahnya sebab takut orang ingat dia menunjuk-nunjuk, tapi bila Prof minta Nabil kongsikan, Nabil setuju kongsi,” tulis Khaizura.

Image_3.jpg

Selepas khuruj tiga hari, isteri Nabil iaitu Nazira Ayub atau Zira menyedari banyak perubahan pada suaminya itu.

“Bila Nabil kata nak keluar khuruj, Zira berat hati, tapi bila tiba harinya tu, Zira bagi juga pergi dan dalam masa tu baru rasa lain,” tulis Khaizura lagi.

Selain itu, di Twitter pula pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut melihat perubahan Nabil terutama janggutnya.

“Beberapa minggu lepas, saya tertanya-tanya juga awat janggut Nabil Ahmad makin panjang. Bila baca posting Puan Khaizura Khalid ni, baru saya tahu rupa-rupanya Nabil dalam usaha memperbaiki diri setelah bersama jemaah tabligh. Sebak juga kisah beliau ni,” tulisnya.

Image_4.jpg

Dalam video live yang dikongsi di Instagram Prof Muhaya itu, Nabil memuji kebaikan rakan-rakan pendakwahnya itu.

“Yang keluar sekali bersama saya ini tak pernah ajak saya sekalipun, diorang hanya tunjuk akhlak sahaja, saya kenal diorang ni masa zaman main motor. Diorang tak pernah bercerita, tetapi tunjuk akhlak, kita tahu diorang tabligh.

“Dalam masa kita bermasalah, diorang layan kita sebaik habis, selalu bawa makanan, dan datang ziarah kami bawa orang baik-baik,” kata Nabil dalam video tersebut.

Apa-apapun, semoga usaha Nabil berubah ke arah yang lebih baik sentiasa diberkati Allah SWT.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *