ABANG USTAZ KAZIM KEMALANGAN: “TERPELANTING… DADA TERKENA BATU, KAKI TERKENA EKZOS”
Malang tak berbau! Demikian halnya yang terjadi kepada abang penceramah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias apabila terbabit dalam satu kemalangan dimana motosikal ditungganginya hilang kawalan, Sabtu lalu.
Difahamkan, abang Ustaz Kazim sedang dalam perjalanan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di situ. Sumbangan itu disalurkan untuk membantu penduduk mengadakan gotong-royong membina jalan simen.
Menurut Mohd Najmuddin, dia mengalami luka di bahagian kaki dan dada apabila terhempap batu ketika tergelincir. Jelasnya, dia kemudian terpaksa dibawa turun menaiki pacuan empat roda dan dihantar ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.
“Keadaan jalan ketika itu agak licin menyebabkan motosikal ditunggangi gagal menaiki bukit yang agak curam. Saya bernasib baik kerana sempat mengelak dari terjatuh gaung, tetapi terpelanting ke kiri jalan menyebabkan bahagian dada terkena batu manakala kaki terkena ekzos. Setakat malam tadi (Ahad) masih sakit di bahagian dada, namun keadaan stabil,” katanya menerusi satu posting di Facebook.
Sementara itu menerusi ruang komen, hampir semua netizen mendoakan supaya abang Ustaz Kazim segera sembuh dan dapat menyalurkan bantuan.
USTAZ KAZIM ELIAS TAMPIL NASIHAT – ALICIA AMIN BANTAH TINDAKAN KECAM SAJAT, UGUT BUNUH