BCL BERUSAHA JADI KUAT, TERIMA KENYATAAN ASHRAF SINCLAIR SUDAH TIADA
“Dia sudah tiada untuk jaga saya, jadi kini saya kena jaga diri sendiri. Itu menyebabkan saya perlu kuat dan harus menjadi kuat. Saya tak boleh kata saya sudah kuat, cuma sekurang-kurangnya kita cuba…. kalau jatuh, kita terus bangun!
“Tak mengapa, nangislah macam orang gila sekalipun, selepas itu kita berdiri semula,” itulah kata-kata penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) semasa bersiaran dalam program NSS Ep24 – Bunga Citra Lestari yang dimuat naik di saluran YouTube CXO Media pada Sabtu.
Selepas setahun pemergian suami tercinta iaitu Ashraf Sinclair, Bunga mengakui masih belajar menerima kenyataan tiada lagi insan tersayang disisi.
Bunga berkata dia kini berusaha menjadi orang yang lebih kuat selepas ketiadaan arwah sejak Februari tahun lalu. Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ ini juga sempat berkongsi perancangannya mengenai karier muzik.
Klik untuk gambar besar
“Perancangan sebelum ini dengan Ashraf dia bantu saya untuk buat label sendiri, tapi dia pergi dahulu…. jadi kita teruskan sahaja perancangan itu.
“Saya akan teruskan karier nyanyian, kalau boleh mahu terus berkembang, ada konsert lagi, buat album penuh, muzik, filem atau apa sahaja karya hebat lain,” ujarnya.
Pada 18 Februari tahun lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung. Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
GENAP SETAHUN 18 FEBRUARI INI – BCL LUAH ISI HATI TENTANG ARWAH ASHRAF [VIDEO]