Kalimah Allah – DAP Zahir Kesyukuran ‘Doa Di Terima’

Ahli Parlimen DAP Zahir Kesyukuran Doa Di Terima

 

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menzahirkan kesyukuran beliau bila Mahkamah Tinggi semalam membenarkan penggunaan perkataan Allah digunakan bukan Islam.

Doa Di Terima

Turut dibenarkan ialah perkataan Baitullah, Solat dan Kaabah. Perjuangan mengenai penggunaan perkataan tersebut bermula sejak 2008 menurut Teresa Kok lagi.



Bagaimanapun penggunaan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah pada bahan bercetak perlu ada cop penafian dan lambang salib.

Doa Diterima

Teresa Kok yang berkongsi kegembiraan beliau dengan keputusan Mahkamah semalam menaikmuat keratan laporan satu portal dengan kapsyen “our prayer answered”.

 

Mengapa Teresa begitu gembira dengan keputusan Mahkamah? Selaku ahli parlimen dan bekas Menteri (Pakatan Harapan) cara beliau menzahirkan kesyukuran mengundang persepsi negatif pada pandangan rakyat.

DAP pernah dikaitkan dengan agenda ‘Kristianisasi’ sewajarnya membuktikan parti tersebut tidak membawa agenda seperti dikaitkan.



Democratic Action Party

Bagaimanapun Deklarasi Setapak yang meletakkan hak samarata rakyat Malaysia membawa pengertian berbeza pada pemikiran rakyat.

Apakah dengan keputusan Mahakamah semalam, agenda Deklarasi Setapak berjaya mencapai objektif Hak Samarata?

Dalam penghakiman ada menyebut mengenai pelanggaran hak sebagai rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 3,8,11 dan 12.

Tidak Berpelembagaan

Dengan keputusan itu maka keputusan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan tidak lagi digunakan.

Isu penggunaan perkataan Allah pernah mendapat liputan media utama negara.

PAS sendiri telah mengeluarkan keputusan Majlis Syura Ulamak pada 2013 berkaitan isu ini. Haji Hadi Awang ketika itu menyatakan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

Rujukan 1 – BACA SINI

Rujukan 2 – BACA SINI

Semalam dalam mesyuarat Muafakat Nasional antara Umno & PAS mengeluarkan kenyataan bersama berkaitan isu ini.

PAS Sokong Bukan Muslim Guna Kalimah Allah

Sehingga hari ini PAS masih lagi berdiam diri berkaitan isu yang menggelisahkan rakyat. Menteri Undang-Undang, YB Dato Seri Takiyuddin (PAS) masih belum mengulas mengenai isu tersebut.

Malah Ketua Pemuda Perikatan Nasional merangkap Ketua Pemuda PAS masih berdiam diri mengenai hal berkaitan.

Jika dahulu (sebelum menjadi sebahagian daripada kerajaan), PAS sentiasa menjadi ‘Jaguh’ bila ada isu berkaitan Islam, kini tidak lagi.

Adakah Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS akan sekali lagi mengeluarkan kenyataan seperti 2013?

Teresa Kok ‘Main Wayang’ Bantu Bekas Pramugari

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker