PAS Sokong Bukan Muslim Guna Kalimah Allah

PAS Sokong Bukan Muslim Guna Kalimah ‘Allah’ Sejak 2013

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut agama Kristian.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa   Fatwa Kebangsaan

Turut dibenarkan penggunaannya ialah perkataan Baitullah, Kaabah dan Solat.

Dengan perintah yang dikeluarkan adakah secara automatiknya keputusan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan 1986 tidak lagi boleh digunakan oleh mana mana pihak?

Keputusan Hakim

Menurut laporan keputusan ini adalah susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarkan permohonan semakan Kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian bernama Jill Ireland.

Bagaimanapun penggunaan 4 perkataan tersebut yang diterbitkan perlu disertakan dengan cop penafian dan perlu ada lambang salib.

Deklarasi Arahan Kerajaan pada 5 Disember 1986 adalah salah disisi undang-undang dan tidak berperlembagaan.

Menarik sekali dalam perkara ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) lebih awal menyokong penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh bukan Islam.

Untuk menjelaskan perkara tersebut rujukan boleh dibuat TEKAN SINI

Rujukan juga boleh dibuat TEKAN SINI

Kandungan Majlis Syura Ulamak PAS 2013

 

  • Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
  • 2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
  • 3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Bagaimanapun ketika Majlis Syura PAS membuat keputusan itu ia tidak membabitkan perkataan Baitullah, Kaabah dan Solat dan hanya spesifik kepada perkataan Allah.

Mungkin PAS akan mengulas isu ini dalam masa terdekat memandangkan kini parti tersebut merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Baca – Haji Hadi Benarkan Perkataan Allah Digunakan Bukan Islam

Keputusan Mahkamah perlu dihormati semua pihak termasuk PAS yang menggunakan slogan ‘PAS 4 ALL’.

Mungkin PAS akan mencari alasan munasabah bagi menenangkan pengikut parti tersebut daripada mengecam keputusan Mahkamah.

Terpulanglah kepada kepimpinan PAS bagaimana mahu menjelaskan perkara ini kepada khalayak PAS itu sendiri.

Ini merupakan peluang kepada Ketua Pemuda PAS mencerminkan pendirian sebenar mereka dalam isu ini. Jangan hanya jadi ‘Jagoan Facebook’ bila ada pihak menyentuh mengenai Presiden PAS.

Dalam pada itu keputusan Mesyuarat Muafakat Nasional yang diadakan antara UMNO & PAS turut menyentuh isu berkaitan.

 

Ahli Parlimen dilarang guna perkataan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker