AL-FATIHAH – IBU ELLA KEMBALI KE RAHMATULLAH

 

Takziah diucapkan kepada ratu rock negara Ella Aminuddin atas pemergian ibu tercintanya, Yang Asmah Long, 92, yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di Teluk Gadong, Klang pada awal pagi Khamis.

Berita dukacita itu dikongsikan menerusi laman Instagram Ella yang turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Salam dan sejahtera, buat makluman bonda kepada Ella, Yang Asmah Long telah pulang menemui penciptaNya sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berikan kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang solehah,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Difahamkan, jenazah Allahyarhman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada pagi Khamis. Melihat pada bahagian komen, peminat serta rakan-rakan artis menitipkan ucapan takziah buat Ella dan keluarga.

“Innalillahiwainnailahirojiun, salam takziah kak Ella dan keluarga. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,” kata pelakon dan pengacara Elizad Sharifuddin.

“Innalillahiwainnailahirojiun, salam takziah buat akak sekeluarga. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *