ASYIK PEGANG PERUT, NAMPAK ADA SERI – PEMINAT SPEKULASI ELLY MAZLEIN MENGANDUNG?

“Perasan Kak Lina semalam asyik pegang perut je. Erm… ada baby erk. – “Baby bump comel je kak Lina. Semoga saya pun dapat rezeki zuriat ameen. “Berseri ibu mengandung ke tuhh. Aaaa gituuu,” antara komen-komen netizen yang mulai membuat teka-teki Elly Mazlein kini sedang mengandung selepas melihat dia kerap mengusap perutnya ketika mengacarakan program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) di samping rakan pengacara, Nabil Ahmad.

Selepas lapan minggu, MLS2 kini kembali menerusi saingan minggu kelima yang menyaksikan tiada penyingkiran diumumkan terhadap kesemua peserta yang masih kekal dalam saingan. Namun kelibat Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom ketika mengacara program berkenaan telah mencuri perhatian.

Selepas beberapa minggu tidak membuat kemunculan secara langsung di kaca televisyen, peminat mendakwa penampilan Elly tampak berbeza hingga ada yang memberikan bayangan dia kini mungkin sedang berbadan dua.

Bayangan tersebut ditinggalkan peminat menerusi salah satu posting yang dikongsi Elly di Instagram miliknya, beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tuan punya badan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap respon yang diberikan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam perkembangan lain, bintang berusia 40 tahun itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran permata hatinya, Putri Sara Sefhia yang kelima.

Untuk makluman, Elly mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Mohamad Azlan Che Noh pada Januari 2019 lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buatnya.

Jika benar Elly kini sedang hamil anak kedua, tahniah kami ucapkan. Apa-apapun, kita tunggu sahaja pengumuman empunya badan berhubung perkara ini.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Elly Mazlein mengandung?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker