Bersatu Terengganu Pertahan Kerusi P38 Pada PRU15

Bersatu Akan Bertanding Kerusi P38 Terengganu

Bersatu Terengganu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mengingatkan Umno agar tidak menganggu kerusi PPBM. Ahli Parlimen P38 Hulu Terengganu berkata demikian kepada wartawan.



Sebagai rekod kerusi P38 dimenangi Umno (BN) pada PRU14 dengan undian sebanyak 30,925 undi menewaskan calon PPBM (Bersatu) dan Pas.

Bagaimanapun sekitar Disember 2018, YB Rosol Wahid mengambil keputusan keluar daripada Umno dan menjadi MP Bebas. Namun pada Februari 2019, beliau telah menyertai PPBM bersama 5 lagi MP Umno yang lain.



Amaran beliau kepada Umno mengenai kerusi PPBM agak menarik perhatian. PPBM Terengganu tidak memenangi mana mana kerusi di Terengganu pada PRU14 yang lepas.

Hanya P38 Hulu Terengganu menjadi kerusi tunggal PPBM memandangkan beliau telah membuat keputusan pada awal 2019. Jadi mana logiknya jika beliau memberi ‘amaran’ kepada Umno Terengganu untuk tidak mengacau kerusi PPBM?

Walau PAS kini sebahagian daripada Perikatan Nasional, itu belum menjamin kedudukan Rosol terjamin di P38. Perlu diingatkan beliau menang atas tiket Umno (BN) sebelum memilih haluan lain.

Siapa Paling Layak Terajui PPBM Selepas Era Muhyiddin?



Adakah beliau menerima jaminan Pas tidak akan bertanding di P38 pada PRU15 kelak? Atau Rosol sudah mempunyai kawasan lain yang lebih selamat untuknya kekal sebagai ahli parlimen?

Agak menjengkelkan cara beliau memberi kenyataan demikian tanpa melihat kembali faktor yang membantu kemenangannya pada ketika itu.

Umno Terengganu telah membuat kenyataan akan bertanding di semua kerusi Dun dan Parlimen Terengganu. Mungkin bagi Rosol ini akan menggugat kedudukannya di Hulu Terengganu kelak.

PAS MUNGKIN DAPAT 28 KERUSI PARLIMEN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button