ISU JODOH – ZIZI TAK KISAH MENERUSI KAEDAH TAARUF

“Sebenarnya saya sendiri memang sudah tahu mengenai taaruf ini, namun tak sangka pula ada yang mempelawa saya melakukannya. Saya mendapat mesej daripada beberapa lelaki yang mahu mengenai saya lebih rapat menerusi taaruf.

“Tidak dinafikan, ada risikonya juga taaruf ini apabila kita langsung tak pernah berjumpa dengan individu itu. Maka, kita tak tahu pun bagaimana keperibadian sebenarnya dan akan memberi kesan kalau berkahwin nanti.

“Saya tidak menolak bahawa ini adalah perkara baik dalam Islam kerana ia tidak membabitkan ‘dating’. Saya juga akui saya tidak menolak sekiranya ada yang benar-benar jujur untuk bertaaruf dengan saya, kerana pada usia ini saya bersedia untuk apa saja,” ujar penyanyi Zizi Kirana.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Zizi atau nama seberanya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, mendedahkan dia menerima pelawaan daripada beberapa lelaki untuk melakukan taaruf bagi mencuba nasib untuk bertemu jodoh dengannya.

Kata Zizi, pelawaan sedemikian mula diterimanya sejak tahun lalu dan menyifatkan konsep mencari jodoh sebegitu bukan masalah besar buatnya. Penyanyi lagu ‘Eh!’ itu juga tidak kisah jika suatu hari nanti bertemu jodoh menerusi kaedah taaruf.

Menurut Zizi, dia melihat taaruf yang menggunakan orang tengah sebagai medium perkenalan bukanlah tidak membawa kebaikan. Hakikatnya ia masih diamalkan ramai walaupun konsep itu agak asing dalam kalangan sesetengah masyarakat.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, Zizi menyatakan rasa debarannya untuk bertanding buat julung kali di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Ahad ini. Katanya, dia cuma mahu tunjukkan persembahan terbaiknya memandangkan peluang itu sudah lama diidamkannya.

“Selepas 11 tahun berada di industri muzik, barulah saya dapat merasa untuk beraksi di pentas berprestij itu. Sememangnya, perasaan saya bercampur-baur namun bekerja-keras untuk tampil dengan persembahan penuh impak.

“Saya cuma harapkan dapat memberi aksi yang akan diingat dan diperbualkan ramai. Sebolehnya, saya mahu berseronok secara maksimum nanti kerana ini pengalaman yang sangat jarang saya dapat,” tuturnya.

BAJU SEKSI – ZIZI SIMPAN DALAM KOTAK, MOHON DOAKAN BERUBAH SEPENUHNYA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker