JATUH CINTA DI GV7 – ASHIRA & BAD INDIGO KINI SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata ketika sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7)… kini Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 2.45 petang.

Dalam majlis tersebut, Ashira atau nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerima mas kahwin sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Bad atau nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, meluahkan rasa syukur kerana upacara pernikahan berjalan lancar dan dipermudahkan. Lebih bermakna apabila majlis mereka itu mendapat kerjasama dan bantuan daripada produksi GV7.

“Alhamdulillah semuanya dah selamat, berjalan lancar… majlis hanya dihadiri oleh keluarga dan banyak diaturkan oleh team GV7. Syukur anak-anak kami terbuka dan menerima antara satu sama lain. Anak-anak pun dah panggil Ashira mak,” katanya.

Image_3.jpg

Awal Januari lalu, Bad mengakui terbuka hati untuk berkahwin dengan Ashira selepas kedua-duanya terlibat dalam GV7 selepas lebih 10 tahun menduda.

Kata Bad, dia jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ombak Resah’ itu sekitar Oktober tahun lalu.

Untuk makluman, Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 12, dan Rania, 11. Manakala Ashira pula berstatus ibu tunggal pada 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *