NIKAH DENGAN BAD HARI INI – ASHIRA MOHON DOA

“Today is the day. Sementara tunggu MUA sampai, so I selfielah. Last selfie sebelum bergelar isteri orang,” ujar Ashira, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

“Semoga semuanya berjalan dengan lancar hari ini, insya-ALLAH Amin.

“Ashira X Bad. 11 Mac 2021, Israk Mikraj,” tambahnya.

Hari bahagia itu dikongsi Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abd Aziz, 37, menerusi Instagram dengan memuat naik fotonya yang sedang mengenakan inai di tangan.

Klik untuk gambar besar

ABI%2B2.jpg

Bagaimanapun, Ashira yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu tidak berkongsi secara terperinci tentang majlis yang bakal berlangsung, sebaliknya mendoakan agar apa yang dirancang berjalan lancar.

Untuk makluman, Ashira yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, mula menjalinkan hubungan dengan cinta dengan Bad selepas sama-sama menyertai GV7 sekitar tahun lalu.

Sementara Bad pula atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah yang berstatus duda, turut mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11 daripada perkahwinan terdahulu.

ABI%2B3.jpg

ABI%2B4.jpg

ABI%2B5.jpg

 

Leave a Reply