AKHIRNYA…. ISA & RISTEENA SELAMAT DISATUKAN SEBAGAI SUAMI ISTERI

Selepas pelbagai aksi romantik dan kasih sayang yang dikongsikan di media sosial, akhirnya pasangan pelakon Isa Khan, 28, dan Risteena Munim, 32, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi hari ini (12.3.21).

Hasrat Isa dan Risteena untuk mendirikan rumah tangga bersama akhirnya tercapai setelah sekian lama menanti yang sebelum ini tertunda dek pandemik COVID-19. Pasangan ini difahamkan sepatutnya bernikah pada 20.11.2020.

Majlis akad nikah pasangan merpati dua sejoli ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis itu turut disiarkan secara langsung menerusi laman Instagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan mereka.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa anggota keluarga hadir dalam majlis serba ringkas termasuklah adik Risteena yang juga seorang pelakon iaitu Ruhainies.

Majlis serba ringkat itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.



Image_3.jpg

Risteena turut berkongsi hari bahagianya dengan memuat naik video sekitar majlis pernikahannya untuk tatapan para peminat menerusi Instagram miliknya.

Sebelum majlis akad nikah berlangsung, pasangan ini telah mengadakan majlis berinai yang dijalankan secara meriah pada malam semalam.

Terdahulu, Isa mengumumkan sudah melamar Risteena pada 23 November 2019 sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg



Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg



Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg



Image_16.jpg

Image_17.jpg

Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

Image_21.jpg

JUMAAT 12 MAC, SAH TARIKH NIKAH ISA & RISTEENA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button