FAZLEY BERHENTIKAN ANAK-ANAK SEKOLAH: “ISTERI SAYA KINI ‘PENGETUA’ SERTA GURU…”

“Hari ni saya ditanya oleh ramai orang anak2 saya tak pergi sekolah ke? Apa perancangan kami apa bila sekolah dibuka nanti? Begini sebenarnya, mereka bertiga telahpun kami #homeschool kan semenjak PKP yang terbaru. Mengapa? Banyak sebab yang terlalu panjang untuk saya ceritakan disini.

“Apapun, dengan pilihan yang saya dan @azrene_ahmad buat ini, syukur Alhamdulilah ianya telah banyak membantu @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley di dalam pembelajaran dan keputusan assignment dan kuiz mereka.

“Yang nyatanya, saya bangga dengan isteri saya yang kini menjadi “Pengetua” serta guru untuk anak2. Kami memilih untuk daftarkan mereka dengan homeschool provider dari United Kingdom, dimana syllabus telah siap diaturkan, dan kami menyusun jadual pembelajaran mengikut peruntukan ‘hours’ untuk setiap subject yang mereka ambil.



“Ini termasuk kelas mengaji Alquran, kelas Fardhu Ain, serta kelas Bahasa Melayu yang saya aturkan juga. Hari ahad pula, saya mengajar baking & memasak, dan isteri saya akan membawa mereka #Hiking apabila waktu mengizinkan sebagai riadah luar.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Menjawab ke persoalan korang kenapa tiada update tentang sekolah anak2 saya?” demikianlah pelakon, penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob yang memaklumkan dia dan isteri memilih untuk mengajar sendiri anak-anak di rumah, dek situasi pandemik yang membimbangkan.



Difahamkan, ketiga-tiga anak lelakinya sudah diberhentikan sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan Januari lalu. Ketika ditanya mengenai hal itu, Fazley menerusi laman Instagram berkata dia mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Fazley dan isteri memilih mendaftarkan anak dengan homeschool provider dari United Kingdom. Isterinya iaitu Azrene Ahmad, menjadi guru dan pengetua kepada anak-anak.

Image_3.jpg

Menurutnya, sejak belajar dari rumah, dia dapat melihat penambahbaikan dari segi pencapaian anak-anak termasuk keputusan assignment dan kuiz mereka.



Menyusun sendiri jadual pembelajaran mengikut jumlah jam, Fazley turut menyelitkan kelas mengaji al-Quran, fardhu ain dan kelas memasak pada hari Ahad.

Melihat pada ruangan komen, inisiatif yang diambil pasangan ini mendapat respon baik daripada pengikutnya. Malah, ramai yang turut berkongsi kisah yang sama di mana anak-anak belajar di rumah sahaja.

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg



Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg



Image_14.jpg

FAZLEY SAMBUT ULANG TAHUN KE-14: “ADIK JADI ISTERI ABANG DALAM KEADAAN SEHELAI SEPINGGANG”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button