MUAT NAIK FOTO BAYANG DALAM KERETA – ENGKU EMRAN BERI ‘HINT’ BERCINTA DENGAN NABILA?

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila kini sudah menemui cinta baru bersama ahli perniagaan, Engku Emran. Disebabkan mereka sering menghabiskan masa berkayuh bersama, semakin kuat lagi spekulasi tersebut dalam kalangan netizen.

Enggan memberikan komen yang panjang, bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad ini mengatakan bahawa dia akan menjelaskan mengenai hal tersebut nanti selain menegaskan bahawa membesarkan anaknya, Jebat Jayden ialah yang paling utama buat masa ini.

Hampir seminggu lebih berteka-teki, kini bekas suami kepada primadona Erra Fazira dan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram telah memuat naik foto di dalam kereta dimana ia menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Foto bayang-bayang Nabila itu diambil dari radio keretanya yang sedang memainkan lagu bertajuk ‘By Your Side’ dimana menguatkan lagi dakwaan tersebut. Kapsyen gambar tersebut juga seolah memberi bayangan pasangan itu sedang dilamun cinta: “Choppy until you came along”.

Lebih menimbulkan pelbagai persoalan apabila Engku Emran bertindak menutup ruangan komen foto berkenaan. Berkemungkinan tidak mahu orang ramai meninggalkan komen penuh spekulasi padanya.

Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut bagi mengesahkan spekulasi hubungan mereka. Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

DAKWAAN BERTUNANG DENGAN ENGKU EMRAN – NOOR NABILA ENGGAN KOMEN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker